PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2007),
pedagogi merupakan kajian tentang
kaedah dan prinsip pengajaran. Mengikut Concise Encyclopedia Britannica,
ditinjau dari sudut tradisi, pedagogi merupakan suatu seni pengajaran yang
melibatkan penggunaan kaedah dan teknik mengajar. Kamus A New English Dictionary menerangkan pedagogi sebagai ilmu
pendidikan atau kaedah mengajar. Kamus
Dwibahasa pula menterjemahkan perkataan pedagogi sebagai ilmu pendidikan.
Mengikut sejarah, perkataan “pedagogi” berasal daripada perkataan Yunani, ‘pedagogue’, yang bermaksud seorang tutor
atau pendidik yang mempunyai bakat dan kecekapan melaksanakan tugas-tugas
pengajaran dengan berkesan, khasnya dalam bidang perkembangan kanak-kanak dari
segi kognitif, psikomotor dan afektif mereka.
Konsep
pedagogi lebih tepat dikatakan sebagai sains pengajaran yang melibatkan kajian
ke atas prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar serta proses pengajaran
berdasarkan penyelidikan pendidikan dengan tujuan mendapat hasil pengajaran
yang berkesan. Kesimpulannya, pedagogi
boleh dihuraikan sebagai salah satu bidang ilmu pendidikan yang berkaitan
dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar,
merangkumi proses pengajaran yang optimum. Oleh yang demikian, dalam
melaksanakan sesuatu pengajaran, seharusnya seseorang individu itu mengambil
kira kepada Teori Huraian Bahasa, Teori Pemerolehan Bahasa, strategi,
pendekatan, kaedah, teknik, pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa,
pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual,
konstruktivisme, pembelajaran masteri, kemahiran bernilai tambah serta
pengaplikasian teknik, kaedah dalam aktiviti pengajaran. Justeru, teknik,
kaedah, pendekatan yang digunakan dalam pengajaran perlu dititik beratkan bagi
menarik minat dan memberi kefahaman yang jelas kepada murid-murid.
1.0 TEORI HURAIAN BAHASA
1.1 Tradisional
Secara keseluruhannya, ahli-ahli bahasa tradisional
berpendapat bahawa struktur-struktur bahasa ialah hasil daripada sebab dan
akibat dan bahasa di dunia ini ialah variasi-variasi daripada satu sistem
bahasa yang berasaskan logik dan rasional yang sama. Kajian-kajian ahli bahasa
tradisional mempunyai ciri-ciri berikut:
·
Kajian-kajian bahasa dibuat
berdasarkan bahasa tulisan;
·
Huraian tatabahasa bersifat ‘notion’ dan berdasarkan anggapan
disiplin-disiplin lain yang tiada kaitan dengan bahasa. Akibatnya, huraian
unsur-unsur bahasa tidak tetap dan tepat. Contohnya, dalam tatabahasa Bahasa
Melayu, ‘kata namadidefinisikan sebagai
segala perkataan yang menyebut benda atau orang seperti budak, burung, kaki,
tahun, bulan . . . (Za’ba, 1954)’. Sebenarnya
huraian sebegini dikatakan sebagai berbentuk ‘notion’. Tetapi apabila mendefinisikan
‘sifat’, definisinya berasaskan fungsi, iaitu ‘sifat ialah segala perkataan yang menerangkan dan menunjukan sifat
sesuatu nama attau perbuatan yang lainnya, seperti besar,bodoh,pandai, segera,
selalu (Za’ba, 1954)’;
·
Kajian bahasa yang
dijalankan ialaah kajian secara deduktif, iaitu kajian yang menekankan
pemahaman undang-undang bahasa dahulu dan selepas itu diikuti dengan
misalan-misalan;
·
Kajian bahasa yang dilaksanakannya
menganggap bahawa bahasa di dunia dihuraikan berasaskan ciri universal (seperti
logik, falsafah dan yang lainnya). Ahi bahasa tradisional berpendapat bahawa
bahasa didunia ialah variasi daripada bahasa Yunani dan Latin. Oleh itu, semua
bahasa dihuraikan berdasarkan unsur-unsur yang sama.
1.2 Teori Struktural
Asas pengkajian ahli bahasa struktural adalah
tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yang tersendiri,
bukan sebagai unsur berasingan tetapi sebagai bahagian daripada satu
keseluruhan sistem.
Walau bagaimanapun, ahli-ahli bahasa struktural
berpendapat bahawa bahasa ialah satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrari,
iaitu untuk menyatakan sesuatu objektif, keadah atau konsep yang digunakan
dalam perhubungan manusia. Tegasnya, bahasa mempunyai ciri-ciri yang berikut:
1.
Bahasa ialah pertuturan
2.
Bahasa ialah satu sistem
3.
Sistem bahasa ialah arbitrari
4.
Bahan adalah untuk perhubungan
Tegasnya, huraian bahasa ialah semata-mata
berdasarkan fakta-fakta bahasa yang dapat diperhatikan; penerangan tidak dibuat
terhadap fakta-fakta yang tidak dapat dilihat.Jadi, pendekatan yang digunakan
oleh ahli-ahli struktural bahasa ialah pendekatan induktif.
1.3 Teori Transformasi Generatif
Kajian tranformasi generatif dibuat berdasarkan
kenyataan bahawa seseorang penutur ibunda sesuatu bahasa berkebolehan untuk
membentuk dan memahami pertuturan yang belum pernah didengari mereka kerana
mereka dilahirkan dengan kecekapan semulajadi untuk berbahasa.Kecekapan ini
merupakan pengetahuan mengenai rumus-rumus tatabahasa tersebut.Maka analisis
tranformasi generatif bertujuan untuk membentuk rumus-rumus sesuatu bahasa
dengan lengkap berasaskan pengetahuan penutur ibunda bahasa tersebut.
Rumus-rumus yang disediakan itu akan membolehkan
orang-orang lain tidak tahu tentang bahasa itu membentuk ayat-ayat dalam bahasa
yang berkenaan. Rumus-rumus yang dimaksudkan itu ialah rumus-rumus struktur
frasa dan rumus-rumus tranformasi.
1.4Teori Fungsional
Menurut ahli-ahli bahasa fungsional, kajian bahasa
bukan semata-mata tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa tetapi juga terhadap
perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk–bentuknya tatkala seseorang itu
berkomunikasi.Ahli bahasa fungsional mempunyai anggapan-anggapantertentu terhadap
bahasa. Antaranya ialah:
1.
Sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk
berhubung atau berkomunikasi bukan merupakansatu sistem tertutup dan statik,
tetapi terbuka dan dinamik;
2.
Asas elemen-elemen dalam struktur bahasa
berdasarkan kepada kekuatan dan keteguhan wacana serta semantik dan bukan
hubungan sintaksis.
3.
Yang penting dalam bahasa ialah penggunaannya (use) dan bukan kegunaannya (usage);
4.
Variasi dalam bahasa ialah hasil daripada cara
menggunakan bahasa yang diterima oleh masyarakat sebagai “rules of use” sesuatu pertuturan itu dianggap sesuai mengikut
masa, tempat, penutur/pendengar dan keadaan tertentu;
5.
Bahasa sebagai alat komunikasi, bukan sahaja
berfungsi untuk menggambarkan fikiran, perasaan, keadaan penuturnya tetapi juga
seluruh situasi atau tujuan bahasa itu digunakan.
2.0 DEFINISIPENGAJARAN MAKRO
2.1 Pengenalan
Pengajaran Makro merupakan satu sesi
pengajaran praktik yang lengkap bermula dari pendahuluan, set induksi,
perkembangan, penilaian dan penutup.Biasanya, pengajaran Makro dipraktikkan di
dalam bilik darjah sepenuhnya.Untuk memahami konsep pengajaran Mikro, kita perlu
memahami konsep pengajaran Mikro terlebih dahulu.Ini kerana, pengajaran Makro
berkait rapat dengan pengajaran Mikro.
2.2 Pengertian
Perkataan Mikro diambil dari bahasa
Greek yang bermakna kecil. Ini bererti pengajaran mikro adalah proses
pengajaran yang dijalankan dalam unit kecil sebagai simulasii kepada guru
pelatih. Pengajaran mikro bertujuan untuk mengurangkan masalah-masalah yang
mungkin timbul semasa pengajaran makro dijalankan.
Sebelum
melaksanakan sesi pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan
menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik.Perancangan yang lengkap
menghasilakn pengajarn yang berkesan.
2.3 Prinsip
Pengajaran Makro
Antara
prinsip pengajaran makro ialah:
·
Objektif pengajaran dan pembelajaran.
·
Dalam
pengajaran makro, guru mempunyai objektif yang besar dan luas merangkumi aras
pengetahuan pelajar.
·
Jumlah pelajar
Jumlah pelajar yang terlibat jauh
lebih ramai bergantung kepada bilangan pelajar di dalam kelas sebenar.Pelajar
yang terlibat adalah pelajar yang sebenar dan bukan dari lakonan
rakan-rakan.Justeru itu, pengajaran guru adalah mencabar dengan karenah para
pelajar.
·
Strategi pengajaran
Dalam pengajaran mikro, guru perlu
mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran supaya sesi pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan dan menarik.
·
Jangkamasa Pengajaran
Jangkamasa yang ditentukan dalam
pengajaran makro adalah berdasarkan kepada jadual waktu kelas yang memakan masa
selama antara 35 hingga 45 minit satu masa.Ekoran itu, guru perlu bijak
merancang pengajaran dan pembelajaran dengan peruntukan masa yang ditetapkan.
·
Bahan pelajaran
Dalam pengajaran makro, guru perlu
menyampaikan keseluruhan isi pengajaran yang telah dirancang dalam Rancangan
Pengajaran Harian (RPH).Oleh itu, guru perlu menguasai sepenuhnya bahan yang
hendak disampaikan dan tumpuan guru ketika menyampaikan adalah menyeluruh.
·
Perbincangan dan refleksi
Penilaian kendiri perlu dibuat
selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai refleksi atau muhasabah
berkaitan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran perlu
diperbaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang perlu dibuat
refleksi ialah objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid disamping
keazaman guru untuk memperbaiki pengajarannya.
2.4 Matlamat Pengajaran Makro
·
Memberi keyakinan kepada guru
Hasil daripada pengajaran makro
dapat memberi keyakinan mengajar kepada guru-gur baru. Setelah melalui sesi
pengajaran mikro dan makro guru akan lebih yakin
berhadapan dengan situasi pengajaran
dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah.
·
Menguasai kemahiran mengajar
Dengan adanya pengajaran makro,
ianya dapat mendedahkan para guru kepada beberapa jenis kemahiran mengajar.
Guru juga akan benar-benar menguasai kemahiran tersebut setelah berpengalaman
untuk mengaplikasikannya dalam pengajaran. Kemahiran tersebut akan lebih
terserlah apabila guru berkenaan mengajar di sekolah.
·
Mengenal pasti potensi guru
Setiap guru mempunyai potensi
sendiri.Potensi diri seperti memiliki suara yang jelas dan lantang,
berkebolehan menyanyi, berlakon dan sebagainya.Potensi diri guru penting
sebagai medium dalam sesi pengajaran & pembelajaran dengan sebaik mungkin.
·
Mengenal pasti kelemahan guru
Dengan pengajaran mikro kelemahan
pengajaran seorang guru mudah dikenal pasti dan diperbaiki. Hasil perbincangan
dan pandangan rakan sekursus dan pensyarah , guru berkenaan boleh mengenal
pasti kelemahan dan memperbaikinya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
seterusnya .
·
Mewujudkan semangat kekitaan dan bekerjasama
Dalam sesi pengajaran mikro , setiap
guru pelatih akan berkerjasama untuk menjayakan sesi tersebut . Semua individu
akan memainkan peranan masing-masing samaada sebagai guru atau pelajar . Secara
tidak langsung perasaan malu dan takut akan hilang kerana ia tidak melibatkan
pihak lain .
2.5 Aplikasi
Pengajaran Makro
Pengajaran mikro ialah penyampaian
pelajaran lengkap yang mengandungi kemahran-kemahiran pelbagai dalam satu sesi
pengajaran pembelajaran dalam kelas sebenar. Pengajaran makro dipraktikkan oleh
guru pelatih dengan diperhatikan oleh rakan pelatih yang lain. Pengajaran mikro
berdasarkan masa pengajaran sebenar seperti yang ditetapkan, samaada
menggunakan masa 30 minit atau 40 minit.Ianya bertujuan membiasakan guru
pelatih melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi pengajaran, disamping
mereka dapat memperbaiki kelemahan sebelum mereka menghadapi situasi pengajaran
sebenar di bilik darjah di sekolah.
2.6 Objektif
Pengajaran Makro
2.61
Memahami cirri-ciri perancanngan
pengajaran makro
2.62
Membina rancangan pengajaran
makro mengikut format latihan
2.63
Mengaplikasikan ses pengajaran
makro dalam bilik darjah
2.7 Situasi
Pengajaran Makro
2.71
Kelas besar terdiri daripada 30
hingga 40 orang murid
2.72
Murid sebenar
2.73
Guru pelatih mengajar sepenuh
masa
2.74
Tumpuan kepada pelbagai kemahiran
mengajar
2.75
Situasi sebenar pengajaran
2.76 Perancangan menyeluruh untuk satu sesi
pengajaran
2.8 Rancangan
Pengajaran Makro
Sebelum
melaksanakan pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan menyediakan
persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap dan baik
merupakan aspek penting dalam sesuatu pengajaran berkesan kerana akan
meningkatkan pencapaian akademik murid dan mengurangkan masalah disiplin.
Berikut ialah persediaan sebelum pengajaran makro:-
BAHAGIAN A
·
Maklumat guru pelatih
·
Maklumat murid (bilangan, tahun, jantina)
·
Tarikh/Masa
·
Mata pelajaran
·
Tajuk/Kemahiran
·
Pengetahuan sedia ada
·
Penggabungjalinan kemahiran
·
Penyerapan ilmu
·
Penyerapan nilai
·
Hasil pembelajaran
·
Sumber/bahan batu mengajaran
·
Penyebatian KBKK
BAHAGIAN B
·
Pendahuluan
·
Set induksi
·
Perkembangan langkah
-
Langkah pertama
-
Langkah kedua
-
Langkah ketiga
-
Langkah keempat
·
Penutup
*Catatan:
Perkembangan pengajaran(bahagian B) hendaklah
disediakan
mengikut format latihan perguruan dengan mengambil kira
perkara-perkara
berikut:-
-
Masa
-
Kemahiran/isi pelajaran
-
Catatan kaedah, teknik dan sumber
BAHAGIAN C
·
Cacatan guru pelatih
·
Refleksi
·
Ulasan pensyarah penyelia
·
Ulasan guru pembimbing
2.9 Perlaksanaan Pengajaran Makro
Sebelum melaksanakan pengajaran
makro, adalah penting bagi seseorang guru pelatih mengetahui konsep pengajaran
mikro.Ini kerana, pengajaran mikro terkandung juga dalam pengajaran makro.
Menurut
Alien. D. dan Kyan K, pengajaran mikro mempunyai lima peringkat iaitu
merancang, praktikal, mengulas atau komen, merancang semula, mengajar semula
dan membuat komen sekali lagi.
Semasa
pengajaran makro dijalankan, konsep-konsep berikut perlu difahami.Ini kerana
konsep tersebut terkandung semasa pengajaran makro dijalankan.
3.0
KOMPONEN-KOMPONEN PENGAJARAN MAKRO
3.1 Kemahiran
Set Induksi
Kemahiran
set induksi merupakan sesi permulaan sesuatu proses pengajran. Tujuan utama
mengadakan set induksi ini adalah menarik perhatian dan menimbulkan minat
murid-murid supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang hendak disampaikan. Cara-cara memulakan set induksi ini
seperti menggunakan alat-alat bantuan, menyoal, ulangkaji topik lepas, membuat
ingatan kembali dan sebagainya. Masa peruntukan dalam pelaksanaan set induki
ini harus ringkas dan biasanya kurang 5 minit dalam awal sesuatu pelajaran.
3.11Prinsip-prinsip kemahiran set induksi
·
Aktiviti
ini hendaklah dikaitkan dengan isi pelajaran yang hendak disampakan seterusnya.
·
Aktiviti
ini dikaitkan dengan pengetahuan sedia murid ada.
·
Aktiviti-aktiviti
set induksi harus boleh menarik minat dan perhatian murid.
·
Aktiviti
set induksi hendaklah sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan umur murid.
·
Aktiviti-aktiviti
harus disampaikan dan mencapai tujuannya dalam tempoh masa yang singkat.
3.12Objektif-objektif set induksi
·
Mengaitkan
pengetahuan atau pengalaman lepas murid dengan isi pelajaran baru yang hendak
disampaikan.
·
Membina
aliran pemikiran murid supaya mereka bersdia mempelajari sesuatu yang baru
berkaitan dengan yang lepas.
·
Menyatakan
had tugas yang akan dijalankan dalam aktiviti pembelajaran murid.
·
Menarik
perhatian dan tumpuan murid terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
akan dijalankan.
·
Memotivasikan
murid-murid supaya bersedia untuk belajar.
·
Mencadangkan
cara-cara melaksanakan sesuatu aktivit, tugas atau projek.
·
Membantu
murid mengikuti pengajaran guru dengan lebih mudah dan bermakna.
3.13Komponen-komponen Kemahiran Set Induksi
Kemahiran set induksi boleh
dibahagikan kepada empat bahagian iaitu menarik perhatian, mewujudkan motivasi,
membuat perkaitan dan menstrukturkan pengajran. Cara-cara melaksanakan set
induksi ini adalah dengan merancang satu aktiviti pengajran yang berdasarkan
empat bahagiaan tersebut. Alat bantuan mengajar harus disediakan dengan tujuan
menambahkan kesan penyampaian set induksi. Perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian dalam set induksi ialah:-
·
Aktiviti menarik perhatian
- menggunakan nada suara
- menggunakan alat bantu mengajar
- menggunakan gerakan, isyarat,
kontak mata
- menunjukkan suatu aktiviti yang
luar biasa
·
Aktiviti mewujudkan motivasi
- membangkitkan rasa ingin tahu
- menggunakan teknik bercerita
- menunjukkan suatu aktiviti yang
berguna
- menggunakan soalan mencabar
·
Aktiviti membuat perkaitan
- menyatakan had tugas yang akan
dijalankan
- menggunakan satu siri soalan yang
berkaitan
- menyatakan cara melaksanakan tugas
- menyatakan aktiviti tugas atau
projek
·
Aktiviti menstrukturkan pengajaran
- mengaitkan pengetahuan lepas murid
- mengaitkan isi pelajaran baru
- mengaitkan peristiwa semasa
- mengaitkan minat dan pengalaman
murid
3.2Kemahiran Menyoal
Kemahiran menyoal merupakan teknik
yang penting dalam aktiviti pengajaran guru.Kemahiran ini digunakan untuk
menolong murid mengingatkan kembali ilmu pengetahuan lepas. Guru perlu
menguasai kemahiran ini untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti pengajarannya.
3.21
Prinsip-prinsip kemahiran
penyoalan
3.21.1 Soalan-soalan yang dikemukakan :
·
aras
soalan adalah sesuai dengan umur, kebolehan dan pengalaman murid.
·
Guru
perlu merancang soalan-soalan pengajaran.
·
Bahasa,
perkataan, istilah adalah mudah dan dipelajari oleh murid.
·
Soalan
perlu diubah-ubah untuk menarik perhatian murid
·
Soalan-soalan
yang mendorong pemikiran murid.
3.21.2 Teknik
mengemukakan soalan :
·
Guru
kemukakan soalan dahulu supaya murid dapat faham, berfikir dan membuat
keputusan menjawab soalan guru(berhenti sekejap) kemudian panggil nama pelajar
jika tiada respon.
·
Soalan-soalan
yang dikemukan harus itu harus ditujukan kepada seluruh kelas kecuali mengawal
disiplin dengan memanggil nama murid tertentu dan kemudiaan mengemukakan
soalan.
·
Pujian
perlu diberi kepada murid yang dapet menjawab soalan guru
·
Elak
daripada mengulang jjawapan murid oleh guru supaya murid dapat.
·
Jika
jawapan salah, maka guru boleh meminta rakan lain untuk membantu membetulkan
jawapan itu.
3.22
Komponen-komponen kemahiran
penyoalan
Mempunyai
8 bahagiaan kemahiran iaitu :
·
Cara
membentuk soalan
·
Pengfokusan soalan
·
Pelbagai hala fokus soalan
·
Sebaran soalan secara serata
·
Hentian selepas kemukakan soalan
·
Melayan jawapan
·
Memberi nasihat
·
Mengcungkilkan
jawapan.
3.3Kemahiran
Variasi Rangsangan
Kemahiran variasi ransangan ialah teknik
mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru untuk menarik perhatian dan
minat pelajar terhadap aktiviti pengajaran.
Variasi
rangsangan meliputi perubahan tingkah laku
guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan deria murid, menukar corak interaksi
guru-murid dan mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.
3.31 Prinsip Penggunaan Variasi Rangsangan
·
Perubahan
kaedah dan teknik penyampaian guru harus
dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran.
·
Perubahan
aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan dengan langkah-langkah
penyampaian.
·
Penggunaan
BBM untuk mempelbagaikan pengalihan deria harus dirancang dan disampaikan
dengan teknik yang berkesan.
·
Setiap
langkah harus mengandungi aktiviti pengajarn yang berbeza
·
Mengubah
rangsangan berdasarkan maklum balas daripada murid-murid
3.32 Objektif Penggunaan Variasi Rangsangan
·
Memusatkan
perhatian murid
·
Mengekalkan
minat murid terhadap pengajaran guru
·
Melibatkan
murid secara aktif dalam pelbagai aktiviti pengajaran
·
Menggunakan
pelbagai saluran deria
·
Merangsang
naluri ingin tahu
·
Mewujudkan
suasana pembelajaran yang menarik
3.33 Komponen Variasi Rangsangan
3.33.1 Perubahan pergerakan tingkah laku guru
·
kiri --- kanan
·
Depan
---belakang
3.33.2Perubahan
pergerakan anggota guru
·
tangan
--- kepala
·
tangan
--- hentian
3.33.3 Perubahan nada suara
·
mendatar
---- lantang
·
lantang
---- senyap
3.33.4 Perubahan fokus deria murid
·
mendengar
--- menonton
·
melihat
----merasa
3.33.5 Perubahan bentuk lisan murid
·
menyoal
--- menjawab
·
bercerita
--- membaca
·
berbincang
….. berpidato
3.33.6 Perubahan kedudukan fizikal murid
·
menulis
--- melukis
·
duduk
---- berdiri
·
demonstrasi
------lakonan
3.4Kemahiran Pengurusan Papan Tulis
Kemahiran pengurusan papan hijau
ialah kecekapan guru merancang penggunaan ruang papan hijau dan menyusun
tulisan, nota dan gambarajah di ruang papan hijau yang paling
berkesan.Kemahiran ini dapat membantu murid-murid membaca catatan guru dan
memahami tulisan guru semasa penerangan guru.
3.41 Prinsip-prinsip
Kemahiran Pengurusan Papan Hijau
·
Guru
merancang terlebih dahulu penggunaan papan hijau seperti tempat menggantung
gambarajah, ruang menulis isi pengajaran dan ruang kerja-kerja tulis.
·
Guru
perlu melatih kemahiran menulis dan melukis di papan hijau. Tulisan guru
perlulah cukup besar, jelas dan boleh dibaca oleh murid.
·
Kapur
warna boleh digunakan untuk membezakan bahan atau idea
penerangan.
·
Penggunaan
papan hijau harus berkembang sejajar dengan proses pengajaran dan merupakan
salah satu alat bantuan mengajar.
·
Murid-murid
boleh diberi peluang menggunakan papan hijau semasa aktiviti latihan atau
pengukuhan pengajaran.
3.42
Objektif-objektif Penggunaan
Kemahiran Pengurusan Papan Hijau
·
Guru
dapat menggunakan papan hijau dengan kemas dan berkesan semasa menerangkan
idea, konsep dan fakta dengan lebih berkesan.
·
Menulis
di papan hijau dapat menarik perlihatan murid dan menekankan kepentingan isi
atau fakta pengajaran.
·
Salah
satu cara mevariasikan ransangan pengajaran
·
Menjadi
salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
3.43.1 Kejelasan tulisan/lukisan
·
saiz
tulisan, tepat tulisan
·
Kemas
dan boleh dibaca
·
Gambarajah
jelas, mudah dan ringkas
3.43.2 Susunan
kerja
·
ruang
tulisan, kedudukan gambarajah dan kerja-kerja lain adalah seimbang.
·
Kedudukan
tulisan dapat dilihat oleh seluruh kelas khususnya murid-murid belakang kelas.
·
Nota-nota
dirancang dengan sistematik.
3.43.3Penonjolan dan penekanan
·
guna
lorekkan, kapur warna dan bentuk lakar yang menarik murid.
·
Fakta
penting perlu diketengahkan supaya jelas kepentingannya.
3.43.4 Teknik
persembahan
·
Boleh
membentuk konsep dengan jelas dan mudah difahami.
·
Dapat
memudahkan kefahaman konsep dan idea.
·
Dapat
melibatkan murid-murid dalam aktiviti kelas.
·
Menggunakan
papan hijau dalam masa-masa tertentu.
3.5 Kemahiran Pengukuhan
Kemahiran pengukuhan atau peneguhan
merupakan satu teknik motivasi kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan
guru atau menunjukkan prestasi yang baik.Peneguhan ini boleh diberi secara
vebal atau non-vebal.Tingkah laku vebal merupakan pujian secara lisan seperti
baik, bagus manakala tingkah laku non-verbal pula merupakan gerak geri positif
seperti senyuman, angguk kepala dan sebagainya.
3.51 Prinsip-prinsip
Kemahiran Pengukuhan
·
Bentuk
pengukuhan harus berubah-ubah supaya lebih berkesan dan menarik.
·
Pengukuhan
diberi sebaik sahaja selepas aktiviti positif.
·
Pengukuhan
negatif harus dielakkan.
·
Jenis
pengukuhan dan bentuk pengukuhan harus sepadan dengan sumbangan.
·
Cara
memberi pengukuhan harus serius, ikhlas dan jujur.
3.52
Objektif Kemahiran Pengukuhan
·
Memotivasikan murid dalam
pembelajaran.
·
Memperkukuh sesuatu konsep, idea dan
fakta pengajaran dan pembelajaran
·
Memupuk semangat keyakinan
murid-murid dalam pembelajaran
·
Mengawal disiplin kelas dan membina
sifat dan tingkah laku murid
·
Menarik murid-murid lain turut serta
dalam aktiviti kerana pujian guru.
3.53
Komponen Kemahiran Pengukuhan
3.53.1 Lisan
Positif
·
guru
menggunkan lisan seperti baik, betul bagi memotivasikan murid
·
guru
meminta murid lain mengulang jawapan yang betul
3.53.2 Gerakan
isyarat positif
·
guru
menunjukkan senyuman, anggukan kepala, tepuk tangan dan lain-lain
·
guru
menarik nafas dan mimik muka
3.53.3 Sentuhan
guru
·
guru
pergi dan berdiri ditepi murid dengan sentuhan bahu ke bahu
·
guru
menyentuh kepala murid, bahu
·
guru
memasuki kumpulan dan duduk berbual dengan murid
3.53.4 Dampingan
guru
·
mendampingi
murid dan bertanya khabar
·
berdiri
sebelah murid dan beri nasihat kepada rakn lain
·
duduk
disisi murid atau kumpulannya.
3.53.5 Lisan
negatif
·
mengeluarkan
kata-kata yang negative seperti buruk, bukan, salah dan lain-lain.
·
Memberi
alasan seperti kurang jelas, tidak lengkap dll
3.53.6 Gerak
isyarat negatif
·
muka
yang marah atau menyindir
·
menggeleng-geleng
kepala
·
mengangkat
bahu dan membuka tangan
·
menggoyang-goyangkan
tangan
3.6Kemahiran
Penutup
Kemahiran penutup merupakan satu
teknik mengakhiri satu sesi pelajaran.Ia merupakan bahagiaan terakhir
pengajaran dan pembelajaran guru. Ia boleh ditutup dengan aktiviti penilaian,
pengukuhan atau ulasan mudah skop pengajaran pada hari itu. Penutup boleh
dilakukan dengan cara:-
·
Membuat rumusan isi pengajaran dan
menyalin cacatan isi pelajaran di papan hijau.
·
Memberi kerja bertulis sama ada
dalam buku latihan atau soalan-soalan di papan hijau.
·
Memberi latihan pengayaan kepada
murid-murid.
·
Menyoal murid-murid tentang isi
pelajaran lepas atau pengajaran tadi.
·
Pujian kepd murid-murid yang
berkelakuan yang baik.
·
Memberitahu berita semasa yang ada
kaitan dengan pengajaran
·
Memberi motivasi kepada murid-murid
untuk terus belajar.
·
Aktiviti-aktiviti harus berkaitan
dan susulan dari isi pelajaran, objektif pengajaran dan kemahiran murid-murid.
·
Semua aktiviti penutup perlu memberi
kesan kepada murid-murid sama ada penutup soasial atau penutup kognitif.
·
Aktiviti penilaian dalam penutup
pengajaran adalah lebih merupakan penilaian pencapaian objektif pengajaran
pembelajran.
·
Memberi gambaran secara mudah
tentang pembelajaran baru sesi itu.
·
Mengukuhkan idea, konsep dan
kemahiran yang baru dipelajari
·
Melahirkan perasaan kejayaan dan
pencapaian dalam sesi pembelajaran itu.
·
Guru dapat mengetahui tahap
pencapaian objektif pengajaran.
·
Penutupan Pengajaran yang berkaitan
kognitif.
- membuat rumusan isi pelajaran.
- Mengulang fakta-fakta penting
pembelajaran.
- Membuat penilaian atas apa yang di
ajar.
- Menjalankan aktiviti pengukuhan.
·
Penutupan Pengajaran yang bekaitan
dengan sosial
- menimbulkan perasaan kejayaan dan
pencapaian.
- Mewujudkan perasaan ingin tahu.
- Memberi motivasi kepada
murid-murd.
- Mengaitkan kefahaman ini dengan
pelajaran yang akan datang.
4.0 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH
DAN TEKNIK
4.1 Strategi
4.1.1 Konsep
Menurut Kamus Dewan
(1998), strategi ialah rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Oleh
yang demikian, strategi boleh ditakrifkan sebagai kebijaksanaan memilih
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif
pengajaran.Strategi lebih mengambil kira objektif jangka panjang dan mengambil
kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan
sebagainya.Menurut Mok Soon Sang (2010), strategi dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori utama iaitu
strategi pemusatan guru, pemusatan murid, dan pemusatan bahan pelajaran.
4.1.2 Strategi Pemusatan Guru
Strategi ini merupakan strategi yang paling
lama dalam P&P dan guru memainkan peranan utama dalam menguasai dan
mengawal proses P&P, manakala murid hanya bersifat pasif. Ciri-ciri
strategi pemusatan guru adalah seperti berikut:
·
Komunikasi dan interaksi
guru dan murid adalah sehala.
·
Guru banyak bertindak
mengawal dan memberi arahan.
·
Mengutamakan pencapaian
objektif pengajaran guru.
·
Mengutamakan penyebaran ilmu
pengetahuan berbanding penerapan nilai murni.
·
Lebih kepada teknik hafalan
daripada membuat interprestasi.
·
Guru tidak mengambil kira
ciri-ciri perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat yang wujud.
·
Kesannya, murid-murid tidak
kreatif dan tidak mempunyai inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baru.
4.1.3 Strategi Pemusatan Murid
Seperti
yang sedia maklum, ciri-ciri utama KBSR dan KBSM adalah
menjadikan murid sebagai pemain utama
dalam proses P&P. Dalam konteks ini pelajar lebih digalakkan melibatkan
diri secara aktif dalam setiap sesi
pembelajaran, manakala guru pula akan bertindak sebagai fasilitator. Ciri-ciri
pemusatan murid ialah:
·
Murid memainkan peranan
utama
·
Komunikasi dua hala melalui
kaedah menyoal.
·
Guru mengamalkan corak
kepimpinan demokratik.
·
Perkembangan murid secara
menyuluruh dan seimbang dari aspek JERI.
·
Ujian formatif ditekankan
untuk mengkaji kelemahan murid.
·
Penyampaian guru tertumpu kepada
pengajaran yang bermakna.
·
Banyak peluang dalam
interaksi murid antara murid.
·
Mementingkan pengelolaan
kaedah kumpulan.
·
Kesannya, murid-murid
menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif serta dapat berkembang mengikut
kesediaan mereka.
4.1.4 Strategi Pemusatan Bahan
Strategi
ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu (ABM) yang
digunakan bagi membantu pengajaran guru.
Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan
pembelajaran. Bahan pengajaran ialah semua bahan yang digunakan oleh guru,
manakala, bahan pembelajaran pula ialah bahan yang digunakan oleh murid dalam
aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, kertas dan sebagainya.
Antara ciri-ciri pemusatan bahan ialah:
·
Guru atau murid perlu
bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif
pelajaran.
·
Mengutamakan kecekapan dan
kemahiran menggunakan bahan pelajaran.
·
ABM membantu murid memahami
konsep abstrak dengan lebih jelas.
·
Pengajaran yang menarik.
4.2 Pendekatan
4.2.1 Konsep
Menurut Kamus Dewan
(1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-
langkah yang diambil bagi memulakan dan
melaksanakan sesuatu tugas. Menurut Mok
Soon Sang (2010), konsep pendekatan dalam konteks pendekatan bermaksud cara
mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran
dan pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana
sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Menurut Edward M.
Anthony (1963), pendekatan merupakan satu set andaian yang saling berkait
dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik
iaitu kenyataan dianggap benar tanpa bukti dan alasan. Oleh yang demikian,
pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa dapat dibahagikan kepada empat
pendekatan iaitu pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan elektrik
dan pendekatan komunikatif.
4.2.2 Pendekatan Induktif
Menurut John, M. Kierzek dan Walker
Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh
dan bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Dalam hal ini, guru-guru akan
mengumpul contoh-contoh daripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaimana ia
bekerja dan berfungsi dan membantu pelajar untuk membuat satu kesimpulan yang
sesuai. Dalam pengajaran bahasa, pendekatan lebih dikenali sebagai pendekatan
gramatikal iaitu mendahulukan contoh-contoh struktur penggunaan unsur-unsur
tatabahasa yang dipelajari dan kemudian membuat kesimpulan
mengenainya.Pendekatan ini merupakan kaedah penaakulan yang bertujuan
mendapatkan peraturan-peraturan umum daripada fakta-fakta atau contoh
tertentu.Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir
maklumat-maklumat, kemudian membuat kesimpulan.
4.2.3 Pendekatan Deduktif
Pendekatan deduktif merupakan satu
pendekatan mengajar yang mengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada
hukum-hukum tertentu dan menggunakan proses penaakulan yang tinggi. Dalam
pengajaran kaedah deduktif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi antaranya
teori, hukum, atau masalah tertentu perlu didedahkan dahulu. Dengan kata lain,
pendekatan deduktif merupakan pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu
atau beberapa rumus, prinsip, hukum dan peraturan diikuti dengan aplikasi ke
atas contoh yang khusus. Dalam kaedah ini pemahaman pelajar adalah amat dititik
beratkan.Prinsip pengajaran dimulakan dengan menyatakan masalah atau hipotesis
terlebih dahulu. Seterusnya, generalisasi yang akan disampaikan pada permulaan
pengajaran mestilah dinyatakan secara eksplisit iaitu jelas dan mudah untuk
difahami. Manakala, contoh-contoh bagi menerangkan konsep atau peraturan yang
terdapat dalam generalisasi mestilah terdiri daripada contoh-contoh yang betul
dan tepat, contoh-contoh bukan sahaja dikumpul oleh guru, malah murid juga
perlu melibatkan diri.
4.2.4 Pendekatan Elektrik
Pendekatan
ini merupakan gabungan dua atau beberapa pendekatan dengan mengambil kelebihan
yang ada pada pendekatan-pendekatan tersebut.Dalam hal ini, guru tidak perlu
terlalu terikat dengan mana-mana pendekatan tetapi pengajarannya mestilah lebih
luas dan mudah diubah suai mengikut keperluan pelajar. Dalam P&P, dimulakan
dengan guru memberikan contoh-contoh dahulu, galakan pelajar berfikir mengenai
rumusannya dan selepas itu mengemukakan contoh-contoh lain sebagai pengukuhan.
Selain itu, pendekatan ini dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang
terdapat pada pendekatan induktif dan deduktif.Pendekatan ini, sudah pasti
membantu guru untuk lebih fleksibel dan mampu mengendalikan kelas mengikut
kehendak dan keperluan murid.
4.2.5 Pendekatan Komunikatif
Pendekatan
komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan pelajar iaitu berfokuskan
kepada bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf, bercerita, melapor,
menyampaikan maklumat dan sebagainya.Pendekatan ini memberi penekanan kepada
bagaimana menyerapkan bentuk-bentuk gramatikal bagi tujuan komunikasi.
Pendekatan ini sebenarnya wujud disebabkan pendekatan lain yang lebih
mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat betul secara
pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana yang mana ia memberi kesan
kepada murid dalam menguasai kecekapan berkomunikasi. Beberapa prinsip bagi
pendekatan ini perlu diambil perhatian iaitu murid perlu mengetahui tujuan
aktiviti yang dilakukannya, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan
pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi yang sebenarnya.
4.3 Kaedah
4.3.1 Konsep
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4
(2007), kaedah bermaksud caraatau
peraturan
membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau biasa). Justeru itu, kaedah pengajaran adalah terdiri
daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang
tertentu.Pada umumnya, kaedah dalam pengajaran ini merupakan satu siri tindakan
guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam
jangka pendek. Dengan kata lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu
objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Mengikut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk
kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang
tersusun, berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.
4.3.2
Jenis-Jenis Kaedah
1. Kaedah
Terus - bertujuan membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran berbahasa
iaitu membaca, bertutur, mendengar dan menulis.
2. Kaedah
Semula Jadi – pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan
objek dan gambar.
3. Kaedah
Linguistik – membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah diketahuinya
untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi.
4. Kaedah
Oral-Aural – dikenali sebagai kaedah dengar-tutur yang menggunakan dialog untuk
dihafaz dan diikuti secara ajukan.
5. Kaedah
Nahu Terjemahan atau Nahu Tradisional – salah satu tujuan kaedah ini diajar
adalah bagi membolehkan pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih
pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul.
6. Kaedah
Kod Kognitf – J.B. Carroll berpendapat kaedah kod kognitif merupakan
pembaharuan dan pengubahsuain terhadap kaedah nahu terjemahan.
7. Kaedah
Komunikatif – kaedah ini berpegang kepada beberapa prinsip pengajaran bahasa
pertama dan pengajaran bahasa mestilah berpandukan proses perolehan bahasa
kanak-kanak.
8. Kaedah
Ajuk- Hafaz – kaedah pengajaran yang dilakukan secara demonstrasi dan latih
tubi. Pengajaran demonstrasi perlu berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan,
perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati.
4.4 Teknik
4.4.1
Konsep
Dari konteks pendidikan, teknik mengajar merupakan
kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu
aktiviti P&P. Pelbagai jenis teknik yang digunakan oleh guru dalam
pengajaran.Oleh itu, sebagai seorang guru, mereka perlu tahu teknik mengajar
hendaklah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat murid.
4.4.2 Jenis-Jenis
Teknik
1. Teknik
Drama – membolehkan murid mendapat gambaran atau contoh pengalaman yang
spontan, tidak dilatih terdahulu.
2. Teknik
Latih Tubi – merupakan pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang diajar,
bertujuan untuk mencapai taraf sesuatu kemahiran.
3. Teknik
Permainan Bahasa – bertujuan menyampaikan isi pelajaran secara tidak langsung
untuk menghilangkan kebosanan.
4. Teknik
Bercerita - merupakan kaedah mengajar
yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui cerita.
5.0 CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN MAKRO
RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
Mata
Pelajaran : Bahasa
Melayu
Tahun : 3 Amanah
Bilangan
Murid : 20 Orang
Tarikh : 25 Mac 09
Masa : 8.45-9.15am (60 Minit)
Tema : Cerita-Cerita Teladan
Tajuk : Cerita Binatang
Objektif : Pada akhir pengajaran dan
pembelajaran murid dapat :
i.
mencatat
3 isi-isi penting daripada cerita yang diperdengarkan.
ii.
menyampaikan
cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
iii.
mencari
4 atau 5 makna perkataan dan ayat daripada perkataan yang dicari.
Hasil Pembelajaran: Fokus Utama
2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa,
ayat
serta sebutan dan
intonasi yang betul dan jelas.
Aras 1
i.
Menceritakan cerita yang didengar dengan
menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk
mendapatkan maklumat yang menyeluruh
Fokus
Sampingan
7.1 membaca dan menerangkan maksud kandungan
teks yang tersurat dan tersirat.
Aras 1
i.
Memberi
makna perkataan dan maksud frasa dalam ayat.
Kemahiran
bahasa : Kemahiran
lisan, membaca dan menulis
Sistem
bahasa : makna,
ejaan,ayat.
Nilai : Kebijaksanaan, kebebasan,kerjasama,
kejujuran
Penerapan
ilmu : Sains, Matematik,
Kajian Tempatan
Kemahiran
bernilai: Kemahiran berfikir - mengenal pasti, menjana idea.
Tambah Kecerdasan
pelbagai – verbal linguistik
Kontekstual
– belajar mengikut pengalaman
Pengetahuan
sedia: murid mengenali haiwan yang terdapat dalam cerita ini.
ada pernah
mendengar cerita sang kancil dengan buaya
sebelum ini
Bahan bantu : LCD, kad gambar, kad perkataan,
helaian teks.
mengajar
Masa
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti
Pengajaran Dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set induksi (5 minit)
|
|
|
KBKK: : mengklafikasikan.
BBM : Lcd, kad gambar.
Nilai : kejujuran
Ktb : mengenal
pasti
|
Langkah 1
(20 minit)
|
·
Membaca
dengan intonasi yang betul.
|
|
Teknik : bercerita
KBKK
BBM : LCD, helaian teks
Nilai : bekerjasama.
Kbt : mengenal pasti kebolehan murid-murid dalam
membaca.
.
|
Langkah 2 (20 minit)
|
|
|
Teknik : ajuk-hafaz
KBKK
BBM : helaian teks.
Nilai : kerjasama, tolenrasi
Kbt : mengingat.
|
Langkah 3 (10 minit)
|
Perkataan:-
|
|
Bbm : kad perkataan
KBKK
Nilai : kerajinan
Kbt : mengenal pasti kebolehan murid-murid dalam
membina ayat.
Contoh : mencari makna perkataan yang sukar.
|
Penutup
(5 minit)
|
|
|
|
6.0 REFLEKSI TENTANG
KEKUATAN KAEDAH, TEKNIK DAN PENDEKATAN YANG
DIGUNAKAN.
Pengajaran
mikro yang dijalankan mengikut langkah-langkah yang telah diatur. Kaedah
oral-aural, teknik bercerita dan pendekatan induktif yang diterapkan
keseluruhannya. RPH ini telah menggunakan kaedah oral-aural. Kaedah oral aural
mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kaedah ini sering digunakan dalam
pembelajaran. Kaedah ini menggunakan alat pandang dengar dengan meluas. Dalam
kaedah ini penggunaan pita rakaman amat membantu guru. Kaedah ini akan
melengkapkan murid dengan seluruh alat sebutan dan pendengarannya untuk
pembelajaran.
Alat
bantu yang digunakan akan menjadikan pembelajaran bertambah menarik dan
berkesan. Murid tidak perlu membayangkan apa yang sedang dipelajari kerana terdapatnya
sumber bantu mengajar tersebut dan murid akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya
terhadap pembelajaran yang sedang berjalan di dalam kelas. Pembelajaran kaedah ini akan mengelakkan
murid berasa bosan dan mengantuk.
Saya
juga menggunakan pendekatan induktif sebagai fokus pendekatan saya. Pendekatan
induktif merupakan pembelajaran bercorak pertunjukan unsur-unsur bahasa melalui
contoh-contoh terlebih dahulu sebelum membuat generalisasi undang-undangnya. Pendekatan
ini memberikan kesempatan kepada murid untuk mencari generalisasi yang sebenar
melalui pemerhatian, pemikiran dan sebagainya. Sebarang kesilapan akan dapat
diperbetulkan iaitu diketahui lebih awal lagi.
Kebaikan pendekatan ini juga dilihat sesuai digunakan kepada murid yang
di tahap rendah dan lemah.
Kaedah
oral-aural digunakan dapat melatih murid menggunakan seluruh alat sebutan
melalui aktiviti dialog, dan pendengaran melalui aktiviti mendengar cerita yang
disampaikan melalui guru ataupun tayangan video. Penggunaan alat bantu seperti LCD, kad
perkataan dan sebagainya membantu memudahkan proses pembelajaran supaya lebih
berkesan. Dengan itu, murid tidak perlu menggambarkan sesuatu yang sedang
diajar tetapi dapat menumpukan seluruh perhatian pada proses pembelajaran
bahasa tersebut. Melalui kaedah oral
aural ini juga, murid dapat memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasanya
iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Namun, yang lebih diutamakan
ialah mendengar dan bertutur. Kaedah ini juga membolehkan murid memahami
kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.
Saya
menggunakan teknik kemahiran bercerita. Teknik bercerita ini berlaku semasa
permulaan pembelajaran. Banyak kelebihan yang diperoleh murid. Teknik bercerita dapat memotivasikan murid
untuk terus belajar kerana dapat menarik perhatian murid terhadap topik yang
akan disampaikan. Selain itu, teknik
bercerita juga dapat memupuk perkembangan daya cipta dan imaginasi murid serta
dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Teknik bercerita yang digunakan
dalam proses P&P membantu murid untuk menumpukan perhatian dan
membangkitkan perasaan suka dan minat dalam diri mereka jika cerita tersebut
disampaikan dengan nada, gaya dan intonasi yang betul dan kuat kerana mendengar
cerita merupakan salah satu sifat semula jadi yang wujud dalam diri
kanak-kanak.
Apabila
perasaan suka dan minat wujud dalam diri murid untuk mendengar cerita, ia dapat
membantu memudahkan aktiviti pengajaran bagi mencapai objektif-objektif
pengajaran pada hari tersebut. Pembelajaran bertambah bermakna jika cerita
tersebut berkaitan dengan kehidupan pelajar ataupun cerita yang di mainkan
tersebut ialah cerita yang melucukan. Pembelajaran yang berlaku melalui
bercerita lebih kekal dan diingati untuk jangka waktu yang lebih panjang. Nilai-nilai
murni boleh diterapkan ke dalam cerita tersebut. Nilai-nilai tersebut dapat
dihayati oleh murid-murid hal ini adalah disebabkan sikap kanak-kanak yang suka
meniru watak-watak yang ditonjolkan. Bercerita juga dapat melibatkan pelajar
secara aktif dan dengan itu, bercerita boleh menjadi pembelajaran berpusatkan
murid. Murid dapat meluaskan pengalaman dan meningkatkan daya kreativiti murid.
Manakala, pendekatan induktif yang
saya terapkan dalam pengajaran boleh membantu saya dalam mencapai objektif
pengajaran kerana pendekatan ini menekankan penglibatan murid secara aktif di
mana saya boleh melibatkan murid untuk membaca, memberi pendapat dan
sebagainya. Selain itu, strategi penyoalan yang saya laksanakan dapat membantu
murid-murid membentuk konsep-konsep dengan jelas dan mudah.
Seterusnya, kepelbagaian aktiviti
yang dilaksanakan melalui pendekatan akan
menjadikan pengajaran saya lebih menarik dan memikat serta dapat menggalakkan
murid-murid belajar secara aktif dan terlibat sepenuhnya. Kesimpulan yang dapat saya nyatakan dalam
pengajaran tersebut ialah murid-murid dapat mencapai objektif-objektif P&P
dengan jayanya walaupun ada sedikit kelemahan secara tidak langsung.