Wednesday 22 August 2012

BMM 3117


PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2007), pedagogi merupakan kajian tentang
kaedah dan prinsip pengajaran. Mengikut Concise Encyclopedia Britannica, ditinjau dari sudut tradisi, pedagogi merupakan suatu seni pengajaran yang melibatkan penggunaan kaedah dan teknik mengajar. Kamus A New English Dictionary menerangkan pedagogi sebagai ilmu pendidikan atau kaedah mengajar. Kamus Dwibahasa pula menterjemahkan perkataan pedagogi sebagai ilmu pendidikan. Mengikut sejarah, perkataan “pedagogi” berasal daripada perkataan Yunani, ‘pedagogue’, yang bermaksud seorang tutor atau pendidik yang mempunyai bakat dan kecekapan melaksanakan tugas-tugas pengajaran dengan berkesan, khasnya dalam bidang perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, psikomotor dan afektif mereka.
Konsep pedagogi lebih tepat dikatakan sebagai sains pengajaran yang melibatkan kajian ke atas prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar serta proses pengajaran berdasarkan penyelidikan pendidikan dengan tujuan mendapat hasil pengajaran yang berkesan. Kesimpulannya, pedagogi boleh dihuraikan sebagai salah satu bidang ilmu pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar, merangkumi proses pengajaran yang optimum. Oleh yang demikian, dalam melaksanakan sesuatu pengajaran, seharusnya seseorang individu itu mengambil kira kepada Teori Huraian Bahasa, Teori Pemerolehan Bahasa, strategi, pendekatan, kaedah, teknik, pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa, pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri, kemahiran bernilai tambah serta pengaplikasian teknik, kaedah dalam aktiviti pengajaran. Justeru, teknik, kaedah, pendekatan yang digunakan dalam pengajaran perlu dititik beratkan bagi menarik minat dan memberi kefahaman yang jelas kepada murid-murid.




1.0  TEORI HURAIAN BAHASA
1.1  Tradisional

Secara keseluruhannya, ahli-ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa struktur-struktur bahasa ialah hasil daripada sebab dan akibat dan bahasa di dunia ini ialah variasi-variasi daripada satu sistem bahasa yang berasaskan logik dan rasional yang sama. Kajian-kajian ahli bahasa tradisional mempunyai ciri-ciri berikut:
·         Kajian-kajian bahasa dibuat berdasarkan bahasa tulisan;
·         Huraian tatabahasa bersifat ‘notion’ dan berdasarkan anggapan disiplin-disiplin lain yang tiada kaitan dengan bahasa. Akibatnya, huraian unsur-unsur bahasa tidak tetap dan tepat. Contohnya, dalam tatabahasa Bahasa Melayu, ‘kata namadidefinisikan sebagai segala perkataan yang menyebut benda atau orang seperti budak, burung, kaki, tahun, bulan . . .  (Za’ba, 1954)’. Sebenarnya huraian sebegini dikatakan sebagai berbentuk ‘notion’. Tetapi apabila mendefinisikan ‘sifat’, definisinya berasaskan fungsi, iaitu ‘sifat ialah segala perkataan yang menerangkan dan menunjukan sifat sesuatu nama attau perbuatan yang lainnya, seperti besar,bodoh,pandai, segera, selalu (Za’ba, 1954)’;
·         Kajian bahasa yang dijalankan ialaah kajian secara deduktif, iaitu kajian yang menekankan pemahaman undang-undang bahasa dahulu dan selepas itu diikuti dengan misalan-misalan;
·         Kajian bahasa yang dilaksanakannya menganggap bahawa bahasa di dunia dihuraikan berasaskan ciri universal (seperti logik, falsafah dan yang lainnya). Ahi bahasa tradisional berpendapat bahawa bahasa didunia ialah variasi daripada bahasa Yunani dan Latin. Oleh itu, semua bahasa dihuraikan berdasarkan unsur-unsur yang sama.


1.2 Teori Struktural
Asas pengkajian ahli bahasa struktural adalah tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yang tersendiri, bukan sebagai unsur berasingan tetapi sebagai bahagian daripada satu keseluruhan sistem.

Walau bagaimanapun, ahli-ahli bahasa struktural berpendapat bahawa bahasa ialah satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrari, iaitu untuk menyatakan sesuatu objektif, keadah atau konsep yang digunakan dalam perhubungan manusia. Tegasnya, bahasa mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1.    Bahasa ialah pertuturan
2.    Bahasa ialah satu sistem
3.    Sistem bahasa ialah arbitrari
4.    Bahan adalah untuk perhubungan

Tegasnya, huraian bahasa ialah semata-mata berdasarkan fakta-fakta bahasa yang dapat diperhatikan; penerangan tidak dibuat terhadap fakta-fakta yang tidak dapat dilihat.Jadi, pendekatan yang digunakan oleh ahli-ahli struktural bahasa ialah pendekatan induktif.

1.3 Teori Transformasi Generatif

Kajian tranformasi generatif dibuat berdasarkan kenyataan bahawa seseorang penutur ibunda sesuatu bahasa berkebolehan untuk membentuk dan memahami pertuturan yang belum pernah didengari mereka kerana mereka dilahirkan dengan kecekapan semulajadi untuk berbahasa.Kecekapan ini merupakan pengetahuan mengenai rumus-rumus tatabahasa tersebut.Maka analisis tranformasi generatif bertujuan untuk membentuk rumus-rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berasaskan pengetahuan penutur ibunda bahasa tersebut.

Rumus-rumus yang disediakan itu akan membolehkan orang-orang lain tidak tahu tentang bahasa itu membentuk ayat-ayat dalam bahasa yang berkenaan. Rumus-rumus yang dimaksudkan itu ialah rumus-rumus struktur frasa dan rumus-rumus tranformasi.

1.4Teori Fungsional

Menurut ahli-ahli bahasa fungsional, kajian bahasa bukan semata-mata tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa tetapi juga terhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk–bentuknya tatkala seseorang itu berkomunikasi.Ahli bahasa fungsional mempunyai anggapan-anggapantertentu terhadap bahasa. Antaranya ialah:

1.    Sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung atau berkomunikasi bukan merupakansatu sistem tertutup dan statik, tetapi terbuka dan dinamik;
2.    Asas elemen-elemen dalam struktur bahasa berdasarkan kepada kekuatan dan keteguhan wacana serta semantik dan bukan hubungan sintaksis.
3.    Yang penting dalam bahasa ialah penggunaannya (use) dan bukan kegunaannya (usage);
4.    Variasi dalam bahasa ialah hasil daripada cara menggunakan bahasa yang diterima oleh masyarakat sebagai “rules of use” sesuatu pertuturan itu dianggap sesuai mengikut masa, tempat, penutur/pendengar dan keadaan tertentu;
5.    Bahasa sebagai alat komunikasi, bukan sahaja berfungsi untuk menggambarkan fikiran, perasaan, keadaan penuturnya tetapi juga seluruh situasi atau tujuan bahasa itu digunakan.



2.0  DEFINISIPENGAJARAN MAKRO
2.1  Pengenalan
Pengajaran Makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup.Biasanya, pengajaran Makro dipraktikkan di dalam bilik darjah sepenuhnya.Untuk memahami konsep pengajaran Mikro, kita perlu memahami konsep pengajaran Mikro terlebih dahulu.Ini kerana, pengajaran Makro berkait rapat dengan pengajaran Mikro.
2.2  Pengertian
Perkataan Mikro diambil dari bahasa Greek yang bermakna kecil. Ini bererti pengajaran mikro adalah proses pengajaran yang dijalankan dalam unit kecil sebagai simulasii kepada guru pelatih. Pengajaran mikro bertujuan untuk mengurangkan masalah-masalah yang mungkin timbul semasa pengajaran makro dijalankan.
Sebelum melaksanakan sesi pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik.Perancangan yang lengkap menghasilakn pengajarn yang berkesan.
2.3  Prinsip Pengajaran Makro
Antara prinsip pengajaran makro ialah:
·         Objektif pengajaran dan pembelajaran.
·         Dalam pengajaran makro, guru mempunyai objektif yang besar dan luas merangkumi aras pengetahuan pelajar.
·         Jumlah pelajar
Jumlah pelajar yang terlibat jauh lebih ramai bergantung kepada bilangan pelajar di dalam kelas sebenar.Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang sebenar dan bukan dari lakonan rakan-rakan.Justeru itu, pengajaran guru adalah mencabar dengan karenah para pelajar.
·         Strategi pengajaran
Dalam pengajaran mikro, guru perlu mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran supaya sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik.
·         Jangkamasa Pengajaran
Jangkamasa yang ditentukan dalam pengajaran makro adalah berdasarkan kepada jadual waktu kelas yang memakan masa selama antara 35 hingga 45 minit satu masa.Ekoran itu, guru perlu bijak merancang pengajaran dan pembelajaran dengan peruntukan masa yang ditetapkan.
·         Bahan pelajaran
Dalam pengajaran makro, guru perlu menyampaikan keseluruhan isi pengajaran yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH).Oleh itu, guru perlu menguasai sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan dan tumpuan guru ketika menyampaikan adalah menyeluruh.
·         Perbincangan dan refleksi
Penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai refleksi atau muhasabah berkaitan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran perlu diperbaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang perlu dibuat refleksi ialah objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid disamping keazaman guru untuk memperbaiki pengajarannya.
2.4  Matlamat Pengajaran Makro
·         Memberi keyakinan kepada guru
Hasil daripada pengajaran makro dapat memberi keyakinan mengajar kepada guru-gur baru. Setelah melalui sesi pengajaran mikro dan makro guru akan lebih yakin
berhadapan dengan situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah.
·         Menguasai kemahiran mengajar
Dengan adanya pengajaran makro, ianya dapat mendedahkan para guru kepada beberapa jenis kemahiran mengajar. Guru juga akan benar-benar menguasai kemahiran tersebut setelah berpengalaman untuk mengaplikasikannya dalam pengajaran. Kemahiran tersebut akan lebih terserlah apabila guru berkenaan mengajar di sekolah.
·         Mengenal pasti potensi guru
Setiap guru mempunyai potensi sendiri.Potensi diri seperti memiliki suara yang jelas dan lantang, berkebolehan menyanyi, berlakon dan sebagainya.Potensi diri guru penting sebagai medium dalam sesi pengajaran & pembelajaran dengan sebaik mungkin.
·         Mengenal pasti kelemahan guru
Dengan pengajaran mikro kelemahan pengajaran seorang guru mudah dikenal pasti dan diperbaiki. Hasil perbincangan dan pandangan rakan sekursus dan pensyarah , guru berkenaan boleh mengenal pasti kelemahan dan memperbaikinya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya .
·         Mewujudkan semangat kekitaan dan bekerjasama
Dalam sesi pengajaran mikro , setiap guru pelatih akan berkerjasama untuk menjayakan sesi tersebut . Semua individu akan memainkan peranan masing-masing samaada sebagai guru atau pelajar . Secara tidak langsung perasaan malu dan takut akan hilang kerana ia tidak melibatkan pihak lain .


2.5  Aplikasi Pengajaran Makro
Pengajaran mikro ialah penyampaian pelajaran lengkap yang mengandungi kemahran-kemahiran pelbagai dalam satu sesi pengajaran pembelajaran dalam kelas sebenar. Pengajaran makro dipraktikkan oleh guru pelatih dengan diperhatikan oleh rakan pelatih yang lain. Pengajaran mikro berdasarkan masa pengajaran sebenar seperti yang ditetapkan, samaada menggunakan masa 30 minit atau 40 minit.Ianya bertujuan membiasakan guru pelatih melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi pengajaran, disamping mereka dapat memperbaiki kelemahan sebelum mereka menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di sekolah.
2.6  Objektif Pengajaran Makro
2.61   Memahami cirri-ciri perancanngan pengajaran makro
2.62   Membina rancangan pengajaran makro mengikut format latihan
2.63   Mengaplikasikan ses pengajaran makro dalam bilik darjah
2.7  Situasi Pengajaran Makro
2.71   Kelas besar terdiri daripada 30 hingga 40 orang murid
2.72   Murid sebenar
2.73   Guru pelatih mengajar sepenuh masa
2.74   Tumpuan kepada pelbagai kemahiran mengajar
2.75   Situasi sebenar pengajaran
2.76   Perancangan menyeluruh untuk satu sesi pengajaran



2.8  Rancangan Pengajaran Makro
Sebelum melaksanakan pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap dan baik merupakan aspek penting dalam sesuatu pengajaran berkesan kerana akan meningkatkan pencapaian akademik murid dan mengurangkan masalah disiplin. Berikut ialah persediaan sebelum pengajaran makro:-

BAHAGIAN A
· Maklumat guru pelatih
· Maklumat murid (bilangan, tahun, jantina)
· Tarikh/Masa
· Mata pelajaran
· Tajuk/Kemahiran
· Pengetahuan sedia ada
· Penggabungjalinan kemahiran
· Penyerapan ilmu
· Penyerapan nilai
· Hasil pembelajaran
· Sumber/bahan batu mengajaran
· Penyebatian KBKK









BAHAGIAN B
· Pendahuluan
· Set induksi
· Perkembangan langkah
- Langkah pertama
- Langkah kedua
- Langkah ketiga
- Langkah keempat
· Penutup
*Catatan: Perkembangan pengajaran(bahagian B) hendaklah  
disediakan mengikut format latihan perguruan dengan mengambil kira
perkara-perkara berikut:-
- Masa
- Kemahiran/isi pelajaran
- Catatan kaedah, teknik dan sumber


BAHAGIAN C
· Cacatan guru pelatih
· Refleksi
· Ulasan pensyarah penyelia
· Ulasan guru pembimbing



2.9  Perlaksanaan Pengajaran Makro
Sebelum melaksanakan pengajaran makro, adalah penting bagi seseorang guru pelatih mengetahui konsep pengajaran mikro.Ini kerana, pengajaran mikro terkandung juga dalam pengajaran makro.
Menurut Alien. D. dan Kyan K, pengajaran mikro mempunyai lima peringkat iaitu merancang, praktikal, mengulas atau komen, merancang semula, mengajar semula dan membuat komen sekali lagi.
Semasa pengajaran makro dijalankan, konsep-konsep berikut perlu difahami.Ini kerana konsep tersebut terkandung semasa pengajaran makro dijalankan.













3.0  KOMPONEN-KOMPONEN PENGAJARAN MAKRO
3.1  Kemahiran Set Induksi
Kemahiran set induksi merupakan sesi permulaan sesuatu proses pengajran. Tujuan utama mengadakan set induksi ini adalah menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan. Cara-cara memulakan set induksi ini seperti menggunakan alat-alat bantuan, menyoal, ulangkaji topik lepas, membuat ingatan kembali dan sebagainya. Masa peruntukan dalam pelaksanaan set induki ini harus ringkas dan biasanya kurang 5 minit dalam awal sesuatu pelajaran.
3.11Prinsip-prinsip kemahiran set induksi
·         Aktiviti ini hendaklah dikaitkan dengan isi pelajaran yang hendak disampakan seterusnya.
·         Aktiviti ini dikaitkan dengan pengetahuan sedia murid ada.
·         Aktiviti-aktiviti set induksi harus boleh menarik minat dan perhatian murid.
·         Aktiviti set induksi hendaklah sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan umur murid.
·         Aktiviti-aktiviti harus disampaikan dan mencapai tujuannya dalam tempoh masa yang singkat.
3.12Objektif-objektif set induksi
·         Mengaitkan pengetahuan atau pengalaman lepas murid dengan isi pelajaran baru yang hendak disampaikan.
·         Membina aliran pemikiran murid supaya mereka bersdia mempelajari sesuatu yang baru berkaitan dengan yang lepas.
·         Menyatakan had tugas yang akan dijalankan dalam aktiviti pembelajaran murid.
·         Menarik perhatian dan tumpuan murid terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan.
·         Memotivasikan murid-murid supaya bersedia untuk belajar.
·         Mencadangkan cara-cara melaksanakan sesuatu aktivit, tugas atau projek.
·         Membantu murid mengikuti pengajaran guru dengan lebih mudah dan bermakna.
3.13Komponen-komponen Kemahiran Set Induksi
Kemahiran set induksi boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu menarik perhatian, mewujudkan motivasi, membuat perkaitan dan menstrukturkan pengajran. Cara-cara melaksanakan set induksi ini adalah dengan merancang satu aktiviti pengajran yang berdasarkan empat bahagiaan tersebut. Alat bantuan mengajar harus disediakan dengan tujuan menambahkan kesan penyampaian set induksi. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam set induksi ialah:-
·         Aktiviti menarik perhatian
- menggunakan nada suara
- menggunakan alat bantu mengajar
- menggunakan gerakan, isyarat, kontak mata
- menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa
·         Aktiviti mewujudkan motivasi
- membangkitkan rasa ingin tahu
- menggunakan teknik bercerita
- menunjukkan suatu aktiviti yang berguna
- menggunakan soalan mencabar
·         Aktiviti membuat perkaitan
- menyatakan had tugas yang akan dijalankan
- menggunakan satu siri soalan yang berkaitan
- menyatakan cara melaksanakan tugas
- menyatakan aktiviti tugas atau projek
·         Aktiviti menstrukturkan pengajaran
- mengaitkan pengetahuan lepas murid
- mengaitkan isi pelajaran baru
- mengaitkan peristiwa semasa
- mengaitkan minat dan pengalaman murid
3.2Kemahiran Menyoal
Kemahiran menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru.Kemahiran ini digunakan untuk menolong murid mengingatkan kembali ilmu pengetahuan lepas. Guru perlu menguasai kemahiran ini untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti pengajarannya.
3.21  Prinsip-prinsip kemahiran penyoalan
3.21.1  Soalan-soalan yang dikemukakan :
·         aras soalan adalah sesuai dengan umur, kebolehan dan pengalaman murid.
·         Guru perlu merancang soalan-soalan pengajaran.
·         Bahasa, perkataan, istilah adalah mudah dan dipelajari oleh murid.
·         Soalan perlu diubah-ubah untuk menarik perhatian murid
·         Soalan-soalan yang mendorong pemikiran murid.
3.21.2  Teknik mengemukakan soalan :
·         Guru kemukakan soalan dahulu supaya murid dapat faham, berfikir dan membuat keputusan menjawab soalan guru(berhenti sekejap) kemudian panggil nama pelajar jika tiada respon.
·         Soalan-soalan yang dikemukan harus itu harus ditujukan kepada seluruh kelas kecuali mengawal disiplin dengan memanggil nama murid tertentu dan kemudiaan mengemukakan soalan.
3.21.3  Penerimaan jawapan murid
·         Pujian perlu diberi kepada murid yang dapet menjawab soalan guru
·         Elak daripada mengulang jjawapan murid oleh guru supaya murid dapat.
·         Jika jawapan salah, maka guru boleh meminta rakan lain untuk membantu membetulkan jawapan itu.
3.22  Komponen-komponen kemahiran penyoalan
Mempunyai 8 bahagiaan kemahiran iaitu :
·         Cara membentuk soalan
·         Pengfokusan soalan
·         Pelbagai hala fokus soalan
·         Sebaran soalan secara serata
·         Hentian selepas kemukakan soalan
·         Melayan jawapan
·         Memberi nasihat
·         Mengcungkilkan jawapan.
3.3Kemahiran Variasi Rangsangan
Kemahiran variasi ransangan ialah teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru untuk menarik perhatian dan minat pelajar terhadap aktiviti pengajaran.
Variasi rangsangan meliputi  perubahan tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan deria murid, menukar corak interaksi guru-murid dan mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.

3.31  Prinsip Penggunaan Variasi Rangsangan
·         Perubahan kaedah dan teknik  penyampaian guru harus dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran.
·         Perubahan aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan dengan langkah-langkah penyampaian.
·         Penggunaan BBM untuk mempelbagaikan pengalihan deria harus dirancang dan disampaikan dengan teknik yang berkesan.
·         Setiap langkah harus mengandungi aktiviti pengajarn yang berbeza
·         Mengubah rangsangan berdasarkan maklum balas daripada murid-murid
3.32  Objektif Penggunaan Variasi Rangsangan
·         Memusatkan perhatian murid
·         Mengekalkan minat murid  terhadap pengajaran guru
·         Melibatkan murid secara aktif dalam pelbagai aktiviti pengajaran
·         Menggunakan pelbagai saluran deria
·         Merangsang naluri ingin tahu
·         Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik
3.33  Komponen Variasi Rangsangan
3.33.1  Perubahan pergerakan tingkah laku guru          
·         kiri  --- kanan
·         Depan ---belakang
3.33.2Perubahan pergerakan  anggota guru
·         tangan --- kepala
·         tangan --- hentian
3.33.3  Perubahan nada suara
·         mendatar ---- lantang
·         lantang ---- senyap
3.33.4  Perubahan fokus deria murid
·         mendengar --- menonton
·         melihat ----merasa
3.33.5  Perubahan bentuk lisan murid
·         menyoal --- menjawab
·         bercerita --- membaca
·         berbincang ….. berpidato
3.33.6  Perubahan kedudukan fizikal murid
·         menulis --- melukis
·         duduk ---- berdiri
·         demonstrasi ------lakonan

3.4Kemahiran Pengurusan Papan Tulis
Kemahiran pengurusan papan hijau ialah kecekapan guru merancang penggunaan ruang papan hijau dan menyusun tulisan, nota dan gambarajah di ruang papan hijau yang paling berkesan.Kemahiran ini dapat membantu murid-murid membaca catatan guru dan memahami tulisan guru semasa penerangan guru.
3.41  Prinsip-prinsip Kemahiran Pengurusan Papan Hijau
·         Guru merancang terlebih dahulu penggunaan papan hijau seperti tempat menggantung gambarajah, ruang menulis isi pengajaran dan ruang kerja-kerja tulis.
·         Guru perlu melatih kemahiran menulis dan melukis di papan hijau. Tulisan guru perlulah cukup besar, jelas dan boleh dibaca oleh murid.
·         Kapur warna boleh digunakan untuk membezakan bahan atau idea
penerangan.
·         Penggunaan papan hijau harus berkembang sejajar dengan proses pengajaran dan merupakan salah satu alat bantuan mengajar.
·         Murid-murid boleh diberi peluang menggunakan papan hijau semasa aktiviti latihan atau pengukuhan pengajaran.
3.42  Objektif-objektif Penggunaan Kemahiran Pengurusan Papan Hijau
·         Guru dapat menggunakan papan hijau dengan kemas dan berkesan semasa menerangkan idea, konsep dan fakta dengan lebih berkesan.
·         Menulis di papan hijau dapat menarik perlihatan murid dan menekankan kepentingan isi atau fakta pengajaran.
·         Salah satu cara mevariasikan ransangan pengajaran
·         Menjadi salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
3.43 Komponen Kemahiran Pengurusan Papan Tulis
3.43.1  Kejelasan tulisan/lukisan
·         saiz tulisan, tepat tulisan
·         Kemas dan boleh dibaca
·         Gambarajah jelas, mudah dan ringkas
3.43.2  Susunan kerja
·         ruang tulisan, kedudukan gambarajah dan kerja-kerja lain adalah seimbang.
·         Kedudukan tulisan dapat dilihat oleh seluruh kelas khususnya murid-murid belakang kelas.
·         Nota-nota dirancang dengan sistematik.

3.43.3Penonjolan dan penekanan
·         guna lorekkan, kapur warna dan bentuk lakar yang menarik murid.
·         Fakta penting perlu diketengahkan supaya jelas kepentingannya.
3.43.4  Teknik persembahan
·         Boleh membentuk konsep dengan jelas dan mudah difahami.
·         Dapat memudahkan kefahaman konsep dan idea.
·         Dapat melibatkan murid-murid dalam aktiviti kelas.
·         Menggunakan papan hijau dalam masa-masa tertentu.
3.5  Kemahiran Pengukuhan
Kemahiran pengukuhan atau peneguhan merupakan satu teknik motivasi kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan guru atau menunjukkan prestasi yang baik.Peneguhan ini boleh diberi secara vebal atau non-vebal.Tingkah laku vebal merupakan pujian secara lisan seperti baik, bagus manakala tingkah laku non-verbal pula merupakan gerak geri positif seperti senyuman, angguk kepala dan sebagainya.

3.51  Prinsip-prinsip Kemahiran Pengukuhan
·         Bentuk pengukuhan harus berubah-ubah supaya lebih berkesan dan menarik.
·         Pengukuhan diberi sebaik sahaja selepas aktiviti positif.
·         Pengukuhan negatif harus dielakkan.
·         Jenis pengukuhan dan bentuk pengukuhan harus sepadan dengan sumbangan.
·         Cara memberi pengukuhan harus serius, ikhlas dan jujur.
3.52  Objektif Kemahiran Pengukuhan
·         Memotivasikan murid dalam pembelajaran.
·         Memperkukuh sesuatu konsep, idea dan fakta pengajaran dan pembelajaran
·         Memupuk semangat keyakinan murid-murid dalam pembelajaran
·         Mengawal disiplin kelas dan membina sifat dan tingkah laku murid
·         Menarik murid-murid lain turut serta dalam aktiviti kerana pujian guru.
3.53  Komponen Kemahiran Pengukuhan
3.53.1  Lisan Positif
·         guru menggunkan lisan seperti baik, betul bagi memotivasikan murid
·         guru meminta murid lain mengulang jawapan yang betul
3.53.2  Gerakan isyarat positif
·         guru menunjukkan senyuman, anggukan kepala, tepuk tangan dan lain-lain
·         guru menarik nafas dan mimik muka
3.53.3  Sentuhan guru
·         guru pergi dan berdiri ditepi murid dengan sentuhan bahu ke bahu
·         guru menyentuh kepala murid, bahu
·         guru memasuki kumpulan dan duduk berbual dengan murid
3.53.4  Dampingan guru
·         mendampingi murid dan bertanya khabar
·         berdiri sebelah murid dan beri nasihat kepada rakn lain
·         duduk disisi murid atau kumpulannya.
3.53.5  Lisan negatif
·         mengeluarkan kata-kata yang negative seperti buruk, bukan, salah dan lain-lain.
·         Memberi alasan seperti kurang jelas, tidak lengkap dll
3.53.6  Gerak isyarat negatif
·         muka yang marah atau menyindir
·         menggeleng-geleng kepala
·         mengangkat bahu dan membuka tangan
·         menggoyang-goyangkan tangan
3.6Kemahiran Penutup
Kemahiran penutup merupakan satu teknik mengakhiri satu sesi pelajaran.Ia merupakan bahagiaan terakhir pengajaran dan pembelajaran guru. Ia boleh ditutup dengan aktiviti penilaian, pengukuhan atau ulasan mudah skop pengajaran pada hari itu. Penutup boleh dilakukan dengan cara:-
·         Membuat rumusan isi pengajaran dan menyalin cacatan isi pelajaran di papan hijau.
·         Memberi kerja bertulis sama ada dalam buku latihan atau soalan-soalan di papan hijau.
·         Memberi latihan pengayaan kepada murid-murid.
·         Menyoal murid-murid tentang isi pelajaran lepas atau pengajaran tadi.
·         Pujian kepd murid-murid yang berkelakuan yang baik.
·         Memberitahu berita semasa yang ada kaitan dengan pengajaran
·         Memberi motivasi kepada murid-murid untuk terus belajar.
3.61  Prinsip-Prinsip Kemahiran Penutup
·         Aktiviti-aktiviti harus berkaitan dan susulan dari isi pelajaran, objektif pengajaran dan kemahiran murid-murid.
·         Semua aktiviti penutup perlu memberi kesan kepada murid-murid sama ada penutup soasial atau penutup kognitif.
·         Aktiviti penilaian dalam penutup pengajaran adalah lebih merupakan penilaian pencapaian objektif pengajaran pembelajran.
3.62  Objektif-Objektif Penggunaan Kemahiran Penutup
·         Memberi gambaran secara mudah tentang pembelajaran baru sesi itu.
·         Mengukuhkan idea, konsep dan kemahiran yang baru dipelajari
·         Melahirkan perasaan kejayaan dan pencapaian dalam sesi pembelajaran itu.
·         Guru dapat mengetahui tahap pencapaian objektif pengajaran.
3.63  Komponen-Komponen Kemahiran Penutup
·         Penutupan Pengajaran yang berkaitan kognitif.
- membuat rumusan isi pelajaran.
- Mengulang fakta-fakta penting pembelajaran.
- Membuat penilaian atas apa yang di ajar.
- Menjalankan aktiviti pengukuhan.
·         Penutupan Pengajaran yang bekaitan dengan sosial
- menimbulkan perasaan kejayaan dan pencapaian.
- Mewujudkan perasaan ingin tahu.
- Memberi motivasi kepada murid-murd.
- Mengaitkan kefahaman ini dengan pelajaran yang akan datang.









4.0 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

4.1  Strategi

4.1.1 Konsep

Menurut Kamus Dewan (1998), strategi ialah rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Oleh yang demikian, strategi boleh ditakrifkan sebagai kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran.Strategi lebih mengambil kira objektif jangka panjang dan mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya.Menurut Mok Soon Sang (2010), strategi dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori utama iaitu strategi pemusatan guru, pemusatan murid, dan pemusatan bahan pelajaran.
           
4.1.2 Strategi Pemusatan Guru

Strategi ini merupakan strategi yang paling lama dalam P&P dan guru memainkan peranan utama dalam menguasai dan mengawal proses P&P, manakala murid hanya bersifat pasif. Ciri-ciri strategi pemusatan guru adalah seperti berikut:
·         Komunikasi dan interaksi guru dan murid adalah sehala.
·         Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan.
·         Mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru.
·         Mengutamakan penyebaran ilmu pengetahuan berbanding penerapan nilai murni.
·         Lebih kepada teknik hafalan daripada membuat interprestasi.
·         Guru tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat yang wujud.
·         Kesannya, murid-murid tidak kreatif dan tidak mempunyai inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baru.

4.1.3 Strategi Pemusatan Murid

Seperti yang sedia maklum, ciri-ciri utama KBSR dan KBSM adalah
menjadikan murid sebagai pemain utama dalam proses P&P. Dalam konteks ini pelajar lebih digalakkan melibatkan diri secara  aktif dalam setiap sesi pembelajaran, manakala guru pula akan bertindak sebagai fasilitator. Ciri-ciri pemusatan murid ialah:
·         Murid memainkan peranan utama
·         Komunikasi dua hala melalui kaedah menyoal.
·         Guru mengamalkan corak kepimpinan demokratik.
·         Perkembangan murid secara menyuluruh dan seimbang dari aspek JERI.
·         Ujian formatif ditekankan untuk mengkaji kelemahan murid.
·         Penyampaian guru tertumpu kepada pengajaran yang bermakna.
·         Banyak peluang dalam interaksi murid antara murid.
·         Mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan.
·         Kesannya, murid-murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif serta dapat berkembang mengikut kesediaan mereka.

4.1.4 Strategi Pemusatan Bahan

Strategi ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu (ABM) yang
digunakan bagi membantu pengajaran guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah semua bahan yang digunakan oleh guru, manakala, bahan pembelajaran pula ialah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, kertas dan sebagainya. Antara ciri-ciri pemusatan bahan ialah:
·         Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.
·         Mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran.
·         ABM membantu murid memahami konsep abstrak dengan lebih jelas.
·         Pengajaran yang menarik.


4.2 Pendekatan

4.2.1 Konsep

Menurut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-
langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Menurut  Mok Soon Sang (2010), konsep pendekatan dalam konteks pendekatan bermaksud cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan merupakan satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik iaitu kenyataan dianggap benar tanpa bukti dan alasan. Oleh yang demikian, pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa dapat dibahagikan kepada empat pendekatan iaitu pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan elektrik dan pendekatan komunikatif.

4.2.2 Pendekatan Induktif
           
                   Menurut John, M. Kierzek dan Walker Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Dalam hal ini, guru-guru akan mengumpul contoh-contoh daripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaimana ia bekerja dan berfungsi dan membantu pelajar untuk membuat satu kesimpulan yang sesuai. Dalam pengajaran bahasa, pendekatan lebih dikenali sebagai pendekatan gramatikal iaitu mendahulukan contoh-contoh struktur penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dipelajari dan kemudian membuat kesimpulan mengenainya.Pendekatan ini merupakan kaedah penaakulan yang bertujuan mendapatkan peraturan-peraturan umum daripada fakta-fakta atau contoh tertentu.Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat kesimpulan. 
                       
           

4.2.3 Pendekatan Deduktif
                       
                  Pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar yang mengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada hukum-hukum tertentu dan menggunakan proses penaakulan yang tinggi. Dalam pengajaran kaedah deduktif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi antaranya teori, hukum, atau masalah tertentu perlu didedahkan dahulu. Dengan kata lain, pendekatan deduktif merupakan pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum dan peraturan diikuti dengan aplikasi ke atas contoh yang khusus. Dalam kaedah ini pemahaman pelajar adalah amat dititik beratkan.Prinsip pengajaran dimulakan dengan menyatakan masalah atau hipotesis terlebih dahulu. Seterusnya, generalisasi yang akan disampaikan pada permulaan pengajaran mestilah dinyatakan secara eksplisit iaitu jelas dan mudah untuk difahami. Manakala, contoh-contoh bagi menerangkan konsep atau peraturan yang terdapat dalam generalisasi mestilah terdiri daripada contoh-contoh yang betul dan tepat, contoh-contoh bukan sahaja dikumpul oleh guru, malah murid juga perlu melibatkan diri.


4.2.4 Pendekatan Elektrik
                       
            Pendekatan ini merupakan gabungan dua atau beberapa pendekatan dengan mengambil kelebihan yang ada pada pendekatan-pendekatan tersebut.Dalam hal ini, guru tidak perlu terlalu terikat dengan mana-mana pendekatan tetapi pengajarannya mestilah lebih luas dan mudah diubah suai mengikut keperluan pelajar. Dalam P&P, dimulakan dengan guru memberikan contoh-contoh dahulu, galakan pelajar berfikir mengenai rumusannya dan selepas itu mengemukakan contoh-contoh lain sebagai pengukuhan. Selain itu, pendekatan ini dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada pendekatan induktif dan deduktif.Pendekatan ini, sudah pasti membantu guru untuk lebih fleksibel dan mampu mengendalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan murid.

                       
           

4.2.5 Pendekatan Komunikatif
                       
            Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan pelajar iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf, bercerita, melapor, menyampaikan maklumat dan sebagainya.Pendekatan ini memberi penekanan kepada bagaimana menyerapkan bentuk-bentuk gramatikal bagi tujuan komunikasi. Pendekatan ini sebenarnya wujud disebabkan pendekatan lain yang lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana yang mana ia memberi kesan kepada murid dalam menguasai kecekapan berkomunikasi. Beberapa prinsip bagi pendekatan ini perlu diambil perhatian iaitu murid perlu mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi yang sebenarnya.


4.3 Kaedah

4.3.1 Konsep
                       
            Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 (2007), kaedah bermaksud caraatau
peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau biasa). Justeru    itu, kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu.Pada umumnya, kaedah dalam pengajaran ini merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Dengan kata lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.  Mengikut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.




4.3.2 Jenis-Jenis Kaedah

1.    Kaedah Terus - bertujuan membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran berbahasa iaitu membaca, bertutur, mendengar dan menulis.
2.    Kaedah Semula Jadi – pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar.
3.    Kaedah Linguistik – membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi.
4.    Kaedah Oral-Aural – dikenali sebagai kaedah dengar-tutur yang menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan.
5.    Kaedah Nahu Terjemahan atau Nahu Tradisional – salah satu tujuan kaedah ini diajar adalah bagi membolehkan pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul.
6.    Kaedah Kod Kognitf – J.B. Carroll berpendapat kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan dan pengubahsuain terhadap kaedah nahu terjemahan.
7.    Kaedah Komunikatif – kaedah ini berpegang kepada beberapa prinsip pengajaran bahasa pertama dan pengajaran bahasa mestilah berpandukan proses perolehan bahasa kanak-kanak.
8.    Kaedah Ajuk- Hafaz – kaedah pengajaran yang dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi perlu berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati.


4.4 Teknik

4.4.1 Konsep
          
           Dari konteks pendidikan, teknik mengajar merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti P&P. Pelbagai jenis teknik yang digunakan oleh guru dalam pengajaran.Oleh itu, sebagai seorang guru, mereka perlu tahu teknik mengajar hendaklah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat murid.

4.4.2     Jenis-Jenis Teknik

1.    Teknik Drama – membolehkan murid mendapat gambaran atau contoh pengalaman yang spontan, tidak dilatih terdahulu.
2.    Teknik Latih Tubi – merupakan pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang diajar, bertujuan untuk mencapai taraf sesuatu kemahiran.
3.    Teknik Permainan Bahasa – bertujuan menyampaikan isi pelajaran secara tidak langsung untuk menghilangkan kebosanan.
4.    Teknik Bercerita -  merupakan kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui cerita.



















5.0  CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN MAKRO

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran        :           Bahasa Melayu
Tahun                        :           3 Amanah
Bilangan Murid       :           20 Orang
Tarikh                        :           25 Mac  09
Masa                          :           8.45-9.15am (60 Minit)
Tema                         :           Cerita-Cerita Teladan
Tajuk                         :           Cerita Binatang
Objektif                      :           Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
                                                                      i.        mencatat 3 isi-isi penting daripada cerita yang diperdengarkan.
                                                                    ii.        menyampaikan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
                                                                   iii.        mencari 4 atau 5 makna perkataan dan ayat daripada perkataan yang dicari.
Hasil Pembelajaran:           Fokus Utama
2.1      Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat
serta sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.

Aras 1
                                                                      i.        Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.

6.4       Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh




Fokus Sampingan     

7.1       membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.

Aras 1
                                                                      i.        Memberi makna perkataan dan maksud frasa dalam ayat.

Kemahiran bahasa            :           Kemahiran lisan, membaca dan menulis
Sistem bahasa        :           makna, ejaan,ayat.
Nilai                            :           Kebijaksanaan, kebebasan,kerjasama, kejujuran
Penerapan ilmu      :           Sains, Matematik, Kajian Tempatan
Kemahiran bernilai:           Kemahiran berfikir - mengenal pasti, menjana idea.
Tambah                                Kecerdasan pelbagai – verbal linguistik
                                                Kontekstual – belajar mengikut pengalaman                            
Pengetahuan sedia:          murid mengenali haiwan yang terdapat dalam cerita ini.
ada                                         pernah mendengar cerita sang kancil dengan buaya
sebelum ini              
Bahan bantu            :           LCD, kad gambar, kad perkataan, helaian teks.
mengajar                             











Masa        
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan
Set induksi (5 minit)


  1. Guru memperkenalkan jenis-jenis haiwan kepada murid.
  2. Guru memperdengarkan kepada murid sebuah cerita.
  3. Guru mengaitkan dengan pelajaran hari ini.
KBKK: : mengklafikasikan.

BBM : Lcd, kad gambar.

Nilai : kejujuran

Ktb   : mengenal pasti
Langkah 1
(20  minit)

·         Membaca dengan intonasi yang betul.
  1. Guru meminta rmurid mendengar cerita yang dipasang dengan teliti.
  2. Kemudian guru mengedarkan lembaran kertas kepada pelajar mengenai cerita tersebut.
  3. Guru meminta murid membaca dahulu teks cerita yang telah diberi secara senyap.
  4. Guru meminta murid membaca cerita tersebut dengan kuat bersama-sama.

Teknik : bercerita
KBKK

BBM : LCD, helaian teks

Nilai : bekerjasama.

Kbt : mengenal pasti kebolehan murid-murid dalam membaca.
.

Langkah 2 (20 minit)


  • Seoarang menjadi pencerita,dan lain menjadi sang kancil dan buaya.

  1. 3 orang murid dipanggil untuk membaca cerita dengan intonasi yang betul.
  2. Kemudian murid-murid lain mengikut apa yang telah di baca.
  3. Seterusnya murid memberi pendapat berdasarkan cerita “sang kancil dengan buaya” dengan menggunakan ayat sendiri.

Teknik : ajuk-hafaz
KBKK

BBM : helaian teks.

Nilai : kerjasama, tolenrasi

Kbt : mengingat.
Langkah 3 (10 minit)


Perkataan:-
  • lebat
  • Sedap
  • Tinggal
  • Kurnia
  • Gembira
  • Perintah

  1. Guru telah menunjukkkan beberapa keping kad yang mengandungi perkataan dan meminta murid menyalin perkataan tersebut.
  2. Selepas  itu, murid dikehendaki mencari makna perkataan yang telah di salin.
  3. Seterusnya murid diminta mencari makna frasa yang diwarnakan dalam teks.
Bbm : kad perkataan
KBKK

Nilai : kerajinan

Kbt : mengenal pasti kebolehan murid-murid dalam membina ayat.
  • Merujuk kamus dengan cara yang betul untuk mencari makna perkataan.
Contoh : mencari makna perkataan yang sukar.

Penutup
(5 minit)

  • Apakah ilmu yang diperolehi oleh murid?
  • Apakah pengajaran yang didapati?

  1. Murid dan guru bersoal jawab tentang pelajaran hari ini.
  2. Murid diminta menyatakan unsur pengajaran daripada cerita “sang Kancil dan sang buaya yang dijalankan.

           




















6.0 REFLEKSI TENTANG KEKUATAN KAEDAH, TEKNIK DAN PENDEKATAN         YANG DIGUNAKAN.
Pengajaran mikro yang dijalankan mengikut langkah-langkah yang telah diatur. Kaedah oral-aural, teknik bercerita dan pendekatan induktif yang diterapkan keseluruhannya. RPH ini telah menggunakan kaedah oral-aural. Kaedah oral aural mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kaedah ini sering digunakan dalam pembelajaran. Kaedah ini menggunakan alat pandang dengar dengan meluas. Dalam kaedah ini penggunaan pita rakaman amat membantu guru. Kaedah ini akan melengkapkan murid dengan seluruh alat sebutan dan pendengarannya untuk pembelajaran. 
Alat bantu yang digunakan akan menjadikan pembelajaran bertambah menarik dan berkesan. Murid tidak perlu membayangkan apa yang sedang dipelajari kerana terdapatnya sumber bantu mengajar tersebut dan murid akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran yang sedang berjalan di dalam kelas.  Pembelajaran kaedah ini akan mengelakkan murid berasa bosan dan mengantuk.
Saya juga menggunakan pendekatan induktif sebagai fokus pendekatan saya. Pendekatan induktif merupakan pembelajaran bercorak pertunjukan unsur-unsur bahasa melalui contoh-contoh terlebih dahulu sebelum membuat generalisasi undang-undangnya. Pendekatan ini memberikan kesempatan kepada murid untuk mencari generalisasi yang sebenar melalui pemerhatian, pemikiran dan sebagainya. Sebarang kesilapan akan dapat diperbetulkan iaitu diketahui lebih awal lagi.  Kebaikan pendekatan ini juga dilihat sesuai digunakan kepada murid yang di tahap rendah dan lemah.
Kaedah oral-aural digunakan dapat melatih murid menggunakan seluruh alat sebutan melalui aktiviti dialog, dan pendengaran melalui aktiviti mendengar cerita yang disampaikan melalui guru ataupun tayangan video.  Penggunaan alat bantu seperti LCD, kad perkataan dan sebagainya membantu memudahkan proses pembelajaran supaya lebih berkesan. Dengan itu, murid tidak perlu menggambarkan sesuatu yang sedang diajar tetapi dapat menumpukan seluruh perhatian pada proses pembelajaran bahasa tersebut.  Melalui kaedah oral aural ini juga, murid dapat memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasanya iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Namun, yang lebih diutamakan ialah mendengar dan bertutur. Kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.
Saya menggunakan teknik kemahiran bercerita. Teknik bercerita ini berlaku semasa permulaan pembelajaran. Banyak kelebihan yang diperoleh murid.  Teknik bercerita dapat memotivasikan murid untuk terus belajar kerana dapat menarik perhatian murid terhadap topik yang akan disampaikan.  Selain itu, teknik bercerita juga dapat memupuk perkembangan daya cipta dan imaginasi murid serta dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Teknik bercerita yang digunakan dalam proses P&P membantu murid untuk menumpukan perhatian dan membangkitkan perasaan suka dan minat dalam diri mereka jika cerita tersebut disampaikan dengan nada, gaya dan intonasi yang betul dan kuat kerana mendengar cerita merupakan salah satu sifat semula jadi yang wujud dalam diri kanak-kanak.
Apabila perasaan suka dan minat wujud dalam diri murid untuk mendengar cerita, ia dapat membantu memudahkan aktiviti pengajaran bagi mencapai objektif-objektif pengajaran pada hari tersebut. Pembelajaran bertambah bermakna jika cerita tersebut berkaitan dengan kehidupan pelajar ataupun cerita yang di mainkan tersebut ialah cerita yang melucukan. Pembelajaran yang berlaku melalui bercerita lebih kekal dan diingati untuk jangka waktu yang lebih panjang. Nilai-nilai murni boleh diterapkan ke dalam cerita tersebut. Nilai-nilai tersebut dapat dihayati oleh murid-murid hal ini adalah disebabkan sikap kanak-kanak yang suka meniru watak-watak yang ditonjolkan. Bercerita juga dapat melibatkan pelajar secara aktif dan dengan itu, bercerita boleh menjadi pembelajaran berpusatkan murid. Murid dapat meluaskan pengalaman dan meningkatkan daya kreativiti murid.
            Manakala, pendekatan induktif yang saya terapkan dalam pengajaran boleh membantu saya dalam mencapai objektif pengajaran kerana pendekatan ini menekankan penglibatan murid secara aktif di mana saya boleh melibatkan murid untuk membaca, memberi pendapat dan sebagainya. Selain itu, strategi penyoalan yang saya laksanakan dapat membantu murid-murid membentuk konsep-konsep dengan jelas dan mudah.
            Seterusnya, kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan melalui pendekatan  akan menjadikan pengajaran saya lebih menarik dan memikat serta dapat menggalakkan murid-murid belajar secara aktif dan terlibat sepenuhnya.  Kesimpulan yang dapat saya nyatakan dalam pengajaran tersebut ialah murid-murid dapat mencapai objektif-objektif P&P dengan jayanya walaupun ada sedikit kelemahan secara tidak langsung.









No comments:

Post a Comment